
Casing 2 Dalam 1, Menggabungkan Android Dan iOS
Teknologi tidak pernah berhenti mengagumkan kita dengan ciptaan yang kadang kala sedikit janggal dan tidak konvensional. Impian untuk mempunyai satu telefon pintar yang menggunakan dua sistem operasi mobil terbaik ketika ini, iaitu Android dan iOS mungkin agak mustahil memandangkan betapa sengitnya kedua-dua nama besar ini bersaing.
Namun kini terdapat satu casing yang sedang dibangunkan membolehkan anda menggunakan iOS dan Android tanpa perlu membawa dua peranti berbeza. Syaratnya anda perlu memasangkan casing ini pada iPhone. Casing ini sebenarnya sangat mengagumkan kerana pembinanya berjaya menghasilkan sebuah peranti Android pada saiz versi stripped down yang sangat kompak dan kecil. Casing ini mempunyai paparan Full HD 1080p OLED, bateri, wireless charging dan menggunakan sistem operasi Cyanogen Mod.
Anda boleh lihat sendiri video dari seorang YouTuber yang berjaya mendapatkannya dan mencuba prototaip casing ini.

