Spesifikasi Bocor Samsung Galaxy S8

Evan Blass, salah satu “leaker” teknologi terkenal telah memuat naik sekeping gambar menunjukkan spesifikasi Samsung Galaxy S8 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Senarai spesifikasi ini nampaknya cukup selari dengan kebanyakan khabar angin yang telah kita lihat. Spesifikasi ini termasuk skrin 6.2 inci Super AMOLED Quad HD, ruang storan 64GB, 4GB RAM, kamera belakang 12MP dual pixel, kamera hadapan 8MP dan pengimbas iris.

Spesifikasi yang dibocorkan Evan Blass juga menunjukkan Galaxy S8 mempunyai pensijilan IP68 bagi rintangan habuk dan air berserta ciri khas Samsung Knox bagi keselamatan perisian, Samsung Pay dan teknologi pengecasan tanpa wayar.

You might also like