
Sokongan Telegram Pada Jam Tangan Pintar Android Wear 2.0
Google baru sahaja melancarkan Android Wear 2.0 dan ia menyokong aplikasi standalone pada jam tangan pintar yang menggunakan sistem operasi ini. Nampaknya pembina aplikasi juga teruja dan memberikan respon yang baik dengan mengumumkan sokongan aplikasi mereka.
Yang terbaru, Telegram mengumumkan sokongan aplikasi standalone Telegram untuk Android Wear 2.0 untuk memudahkan anda menyemak dan membalas mesej dengan suara, teks, emoji atau stickers. Anda juga boleh melihat kenalan anda dan juga membuat kumpulan kenalan terus dari jam tangan pintar. Anda juga boleh menetapkan tema pilihan dari pelbagai variasi yang disediakan bagi menyesuaikan paparan aplikasi ini dengan selera anda.

