Snapdragon 855 Dijangka Akan Diperkenal Pada Disember Depan?

Sebelum ini kami pernah berkongsi artikel mengenai kebocoran ujian benchmark Antutu bagi cip pemproses terbaru Snapdragon iaitu Snapdragon 855 (8150) yang mana mencatatkan skor tertinggi dalam platform Android masa kini – sebanyak 362,292 mata.

Kali ini, terdapat pula desas desus mengatakan bahawa cip pemproses tersebut bakal diperkenalkan pada awal Disember depan. Menurut spekulasi yang tersebar di media sosial, Qualcomm bakal memperkenalkan cip pemproses tersebut pada 4 Disember depan.

Snapdragon 855 dijangka menjadi kemas kini untuk Snapdragon 845 dan akan hadir dengan sokongan Unit Pemprosesan Neutral (NPU) yang lebih kurang sama seperti Huawei.

Tapi seperti biasa, apa yang dikatakan itu hanyalah ‘rumors’ semata-mata dan masih belum diketahui kesahihannya. Jadi, sama-sama kita tunggu!~

[SUMBER]

_________________________________________________________________

Baca juga :

You might also like