
Huawei Failkan 4 Tanda Dagang Untuk Telefon Pintar Boleh Lipat – Mate F, Mate Flex, Mate Flexi & Mate Fold
‘Trend’ telefon pintar dengan rekaan paparan boleh lipat kini semakin menjadi kegilaan ramai pengeluar telefon pintar. Sebelum ini, tersebar di media sosial mengenai Huawei bakal memperkenalkan model paparan boleh lipat mereka pada acara Mobile World Congress (MWC) 2019.
Terbaru, tersebar pula maklumat mengenai nama yang bakal diguna pakai untuk telefon pintar tersebut. Menurut sumber, telefon pintar boleh lipat keluaran Huawei mungkin dikenali sebagai Mate F, Mate Flex, Mate Flexi atau Mate Fold. Bagaimanapun, keempat-empat nama tersebut masih lagi dalam pertimbangan.

Ura-ura mengatakan, telefon pintar boleh lipat Huawei memiliki paparan lebih besar berbanding peranti sama rekaan Samsung. Ianya dikatakan mempunyai paparan bersaiz 8 inci apabila dalam mod tablet dan 5 inci apabila dilipat untuk digunakan sebagai telefon biasa.
[SUMBER]
_________________________________________________________________
Baca juga :

