
Bulan depan kalendar lunar akan meraikan Hari Kekasih. Oleh itu, OPPO mengumumkan mereka bakal melancarkan sebuah peranti OPPO F5 dalam pilihan warna baru. Warna yang dipilih untuk Hari Kekasih kali ini ialah Dashing Blue.
Biru yang bermaksud ‘kesucian cinta’ dianggap sebagai warna yang paling sesuai untuk dihadiahkan kepada pasangan sempena Hari Kekasih yang bakal disambut 14 Februari bulan hadapan.

OPPO F5 ialah sebuah peranti yang lengkap dengan pemproses pantas MediaTek Helio P23 yang ditemani RAM sebesar 4GB / 6GB dan storan seluas 32GB / 64GB. Integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) membuatkan kameranya mampu mengenal tona warna, jenis, dan umur apabila rakaman dibuat. Kamera yang menyokong fungsi AI ini menggunakan sensor 20 Megapiksel yang dipadankan dengan badan kerangka logam.
Tiada perubahan yang dibuat untuk perkakas dalaman namun, kita tinggu sahaja sehingga pelancaran kelak.
Reviu Eksklusif: OPPO F5, Peranti Berskrin 18:9 + Kamera Selfie 20MP AI

