
Adakah Ini Rekaan OnePlus 9 Pro!!!
Ramai yang sedang berteka teki tentang rekaan peranti dari Oneplus iaitu OnePlus 9 Pro dan kini rekaan yang dikatakan milik peranti tersebut dikatakan telah terdedah.

Menurut Tweet dari Digital Chat Station, ia hadir dengan susunan kamera dari kotak segi empat seperti biasa yang mana ia dihadirkan dengan 4 lensa kamera.
Terdapat juga beberapa maklumat tertiris mengenai peranti ini yang mana ia hadir skrin QHD+ dan disertakan dengan kadar segar semula 120Hz. Dari aspek pemproses pula, ia mungkin tampil dengan Snapdragon 888 dan pengecasan 65W.

Sejauh manakah kebenarannya perlu kita nantikan perkembangannya.

