OPPO Lanjutkan Jaminan Waranti Antarabangsa Untuk OPPO Reno 10x Zoom

OPPO Reno 10x Zoom telah diperkenalkan secara rasmi di pasaran tempatan pada 27 Mei – di mana ditawarkan pada harga RM3,399. Kepada yang berniat untuk membeli, suka cita dimaklumkan OPPO kini menyediakan lanjutan jaminan waranti antarabangsa.

Melalui jaminan waranti ini, pengguna kini boleh mengakses perkhidmatan pembaikan dan naiktaraf peranti tidak kira di mana mereka berada. Untuk makluman, waranti ini di datangkan bersama-sama pembelian OPPO Reno 10x Zoom.

Pengguna OPPO Reno 10x Zoom boleh mengakses waranti ini di senarai negara  seperti berikut : Afrika, Timur Tengah, India, Myanmar, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina, Malaysia, Thailand, Mesir, Maghribi, Kenya, Nigeria, Tunisia, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, China Taiwan, Singapura, Australia, New Zealand, Jepun, Rusia, Kazakhstan, Perancis, Itali, Sepanyol, Poland, Belanda, United Kingdom, Turki dan China.

You might also like