
Apple Bakal Mengumumkan MacBook Air Terbaharu Tahun Ini?
Mula dilancarkan pada tahun 2008, MacBook Air masih lagi menjadi pilihan ramai pengguna sehingga kini. Berjaya menawarkan rekaan nipis serta pengalaman penggunaan yang lancar antara yang membuatkan MacBook Air kekal releven untuk digunakan.
Bersempena dengan sedekad pelancaran MacBook Air, Apple nampaknya bersedia untuk membawa pembaharuan pada model ini. Berdasarkan laporan daripada KGI Securities, MacBook Air terbaharu bakal disertakan dengan spesifikasi terkini seperti paparan yang lebih terang dan jelas dengan sokongan teknologi Retina, pemproses berkuasa, port USB Type-C serta yang paling penting adalah harganya lebih murah berbanding model sebelumnya.
Setakat ini masih belum terdapat sebarang imej reka bentuk MacBook Air 2018 yang tertiris. Model terbaharu ini dijangka bakal dilancarkan sekitar April atau Jun 2018.
Diharap dengan kemunculan model ini berjaya menaikkan semula jualan komputer riba keluaran Apple selepas Apple MacBook dan Apple MacBook Pro gagal berikutan harganya yang terlalu tinggi. Buat pengguna Apple, sudahkah anda bersedia untuk naik taraf MacBook Air anda?


