
realme Bakal Muncul Dengan Gelang Tangan Pintar Pada Separuh Pertama 2020 – Pesaing Xiaomi Mi Band 4?
realme kini dilihat meluaskan pengaruhnya dengan kadar lebih cepat berbanding jenama terkemuka lain. Pada tahun 2019, kita dapat lihat realme telah melancarkan hampir sedozen peranti pintar merentasi pelbagai julat harga jualan. Tidak cukup dengan itu, realme turut muncul dengan pelbagai aksesori menarik termasuk earbuds, tote bag, tshirt dan banyak lagi.

Nampaknya ia tidak terhenti di situ sahaja apabila realme dikatakan bakal mempelbagaikan lagi kategori produk gaya hidup pada tahun 2020 – bakal muncul dengan gelang pintar. Perkara ini didedahkan oleh CEO Realme, Madhav Sheth menerusi sebuah wawancara. Pun begitu, beliau tidak mendedahkan sebarang spesifikasi utama peranti berkenaan tetapi ia dijangka muncul pada separuh pertama tahun 2020. Nampakanya kini, realme bersiap siaga untuk bersaing dengan jenama lain dalam segmen kesihatan dan kecergasan.
Sekadar makluman, realme juga bakal muncul dengan peranti terbaru mereka realme X50 5G pada 7 Januari 2020 dalam sebuah acara pelancaran dijadualkan berlangsung di Beijing, China. Apakah plan realme untuk tahun 2020 untuk semua peminat setia? Sama – sama kita tunggu!
______________________________________________________________
Artikel Berkaitan :

