
MediaTek Dimensity 800 Diperkenal – Cipset Untuk Peranti Pertengahan & Bakal Muncul Pada Q1 2020!
MediaTek mengambil pentas utama pada MediaTek’s Product Communication Conference dan mengumumkan chipset terbaharu mereka – MediaTek Dimensity 800. Cipset berfokuskan kepada peranti kelas pertengahan dan dijangka muncul secara rasmi pada Q1 2020.

Pada masa sama, MediaTek turut mendedahkan bahawa peranti pintar yang dikuasakan oleh cipset ini dijangka muncul pada suku kedua tahun hadapan. Meskipun, MediaTek telah menggoda mengenai chipset ini namun mereka masih berteka – teki mengenai spesifikasi utama dan ciri teknikalnya.

Pengumuman ini agak mengejutkan kerana ia muncul kira – kira seminggu selepas pengenalan cipset MediaTek Dimensity 1000 5G – menandakan MediaTek kini bersiap siaga untuk bersaing dalam segment peranti mewah seiring dengan Snapdragon 865 dan Kirin 990. Teruja untuk ketahui sejauh mana hebatnya cipset ini? Kita tunggu kemunculannya & kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!
[SUMBER]

