
Lebih banyak peningkatan data bagi hampir 1.5 juta pelanggan pelan MaxisONE (MOP). Antara 15 dan 19 November, semua pelanggan MOP akan dinaiktaraf secara automatik dengan sekurang-kurangnya 2x lebih kuota data tanpa sebarang kos tambahan. Ini bermakna pelanggan dapat menikmati sehingga 50GB sebulan dengan penaiktarafan percuma ini.
Kami telah melihat bahawa pelanggan sukakan data dan menikmati pelbagai lagi perkara melalui rangkaian 4G No. 1 kami. Ia juga jelas bahawa lebih ramai pelanggan menggunakan telefon pada hujung minggu, terutamanya untuk hiburan dan video. Itulah sebabnya kami telah menambah peruntukan data hujung minggu. Penaiktarafan berterusan pelan MaxisONE kami adalah berdasarkan penggunaan yang semakin meningkat. Ini adalah komitmen kami dalam memberikan para pelanggan kami penyelesaian dan pengalaman data yang terbaik, kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.
Berikut adalah peningkatan automatik dan percuma yang akan diberi kepada semua pelanggan baru dan sedia ada: –
- SETIAP pelanggan MOP akan ditingkatkan kepada 2x lebih banyak data. Contohnya, pelanggan MOP98 akan ditingkatkan kepada 10GB dari 5GB, secara PERCUMA seumur hidup
- SETIAP pelanggan MOP juga akan mendapat data 4G hujung minggu PERCUMA. Oleh itu, pelanggan MOP98 akan mendapat 10GB tambahan dalam bentuk data kuota 4G hujung minggu secara PERCUMA
- Akhir sekali, semua talian tambahan MaxisONE Share juga akan ditingkatkan kepada 2x lebih banyak data ke 10GB, tanpa sebarang kos tambahan.