
Hari ini, Ultimate Ears (UE) mengembangkan lagi profil barisan peranti audio mudah alih UE MEGABOOM yang telah menerima pengiktirafan di Malaysia. Model terbaru ini menawarkan lebih kuasa dan kualiti audio, sesuai bagi mereka yang inginkan kualiti terbaik tetapi masih mahukan peranti mudah alih. Di samping itu, UE juga memperkenalkan UE BOOM 2 dan UE ROLL 2, edisi terbaru yang berwarna-warni dan ceria.
UE MEGABOOM Ι Harga: RM 1,199
- Mampu melontarkan audio berkualiti tinggi yang merangkumi ruang 360 darjah. Ia juga boleh dipadankan secara wireless dengan peranti UE Megaboom lain atau UE Boom.
- Kalis air dengan pengiktirafan IPX7, dan dengan berat 875.4 gram, ia mudah dibawa ke mana-mana.
- Sambungan Bluetooh sehingga 100 kaki dan kuasa bateri yang bertahan sehingga 20 jam.
UE BOOM 2 Ι Harga: RM 929
- Lontaran bunyi 360 darjah.
- Fungsi tap to play, sentuh bahagian atas peranti mengawal lagu (play, pause,skip)
- Kalis air dan tahan hentakan.
- Sambungan Bluetooth sehingga 100 kaki.
- Saiz kompak.
UE ROLL 2 Ι Harga: RM 449
- Saiz super kompak.
- Kualiti bunyi 15% lebih baik dari model terdahulu.
- Kalis air IPX7.
- Sambungan Bluetooth sehingga 100 kaki.
Selain dari barisan peranti audio yang disebutkan, UE juga memperkenalkan aplikasi baru yang membolehkan anda menggabungkan sehingga 50 UE MEGABOOM / UE BOOM 2.

