
XPAX, aplikasi khas untuk memudahkan pengguna Celcom prabayar
Beberapa telco lain terlebih dahulu memperkenalkan aplikasi khas untuk memudahkan pengguna untuk membuat semakan baki kredit mahupun Internet. Namun begitu, masih belum terlambat untuk Celcom berbuat demikian, kerana mereka baru sahaja melancarkan aplikasi XPAX untuk pengguna prabayar. Aplikasi ini memudahkan pengguna membuat semakan baki, menambah nilai, melanggan pelan Internet dan beberapa lagi dengan mudah.
Sebagai permulaan, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Aplikasi ini telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Home, My Services serta Usage. Pengguna juga akan diberitahu sekiranya terdapat promosi yang dijalankan oleh Celcom dengan pergi ke App Setting dan tekan butang Promotion. Dengan adanya aplikasi ini, ia secara tidak langsung dapat menguruskan akaun anda dengan lebih efisyen.
Muat Turun: