Reka Bentuk Segar Western Digital My Passport

1Hari ini Western Digital memperkenalkan reka bentuk baru yang lebih segar dan funky untuk produk storan yang sinonim dengan jenama mereka, iaitu My Passport.

Reka bentuk baru ini menawarkan 6 pilihan warna untuk anda, iaitu hitam, kuning, merah, putih, jingga dan biru. Kami amat menyukai penggunaan dua tekstur pada peranti ini dan ia sekaligus memberikan elemen moden kepada perkakasan komputer ini. Selain My Passport, Western Digital juga memperkemas kini rekaan peranti storan untuk desktop, My Book.

2
My Passport
3
My Passport
4
My Book

My Passport, My Passport for Mac dan My Book dilindungi jaminan selama 2 tahun dan diedarkan oleh Eternal Asia (M) Sdn Bhd.

Senarai Harga Jualan

My Passport

• 1TB – RM279
• 2TB – RM409
• 3TB – RM569
• 4TB – RM709

My Passport for Mac

• 1TB – RM319
• 2TB – RM475
• 3TB – RM709
• 4TB – RM739

My Book

• 3TB – RM519
• 4TB – RM639
• 6TB – RM1,009
• 8TB – RM1,319
• 10TB – RM1,599

 

You might also like