Berikutan kejayaan pelancaran Huawei nova 2 lite pada bulan Mac yang lalu, kini sekali lagi Huawei ingin membawa anda warna yang lebih eksklusif – edisi merah jambu terhad. Pengenalan warna baharu ini akan dirasmikan pada 9 Jun 2018 dan seterusnya di semua kedai pengedar sah Huawei di seluruh negara.
Siri Huawei nova yang lebih mensasar kepada golongan pemuda-pemudi, kini dengan adanya tambahan warna baharu ini sekaligus akan menarik minat golongan wanita yang dalam buntu mencari peranti ideal yang boleh melambangkan keperibadian mereka.
Anda boleh dapatkan Huawei nova 2 Lite hanya pada harga RM754 dengan kadar sifar GST. Sempena Karnival Huawei 2018, pelanggan yang membeli siri nova juga boleh menebus speaker semasa kempen dijalankan. Sama juga bagi kempen Gaya Raya Bersama Huawei, satu beg travel akan diberikan pada tempoh kempen (selagi stok masih ada).
Baca Juga:
- Reviu Eksklusif (Bah 1): Huawei nova 2 Lite, Rupa Premium Harga Minimum
- Reviu Eksklusif (Bah 2): Huawei nova 2 Lite, Peranti Seksi ‘Inti’ Berprestasi!
- Mengapa Huawei nova 2i Berjaya Ketepikan OPPO F7 Dan Vivo V9? Jom baca…
- Huawei nova 2 Lite VS honor 9 Lite: 10 Perkara Membuatkan Kami Memilih…

