
CES 2018 : Samsung Perkenalkan Komputer Riba Fleksibel Notebook 7 Spin (2018)

Samsung hari ini secara rasminya telah melancarkan komputer riba Notebook 7 Spin (2018) di CES 2018. Model yang dikemas kini ini direka dengan rekaan yang serba boleh menawarkan produktiviti yang serba lengkap kepada pengguna.
Mensasarkan kepada golongan yang bekerja dan belajar, komputer riba ini boleh diputarkan 360 darjah dengan ciri skrin boleh sentuh sesuai digunakan untuk kegunaan seharian. Dengan kuasa dalaman yang lebih erfisyen, ia juga didatangkan dengan ciri Active Pen khusus untuk pengguna yang suka menulis atau melukis.


Samsung Notebook 7 Spin padat dengan ciri seperti skrin sentuh boleh putar 360º, Active Pen, pengimbas cap jari, Voice Note, bateri tahan lama, papan kekunci backlit, dan Studio Plus.
Samsung Notebook 7 Spin (2018) akan dipasarkan di beberapa negara terpilih bermula bulan Mac depan. Tiada pengenalan harga diumumkan setakat ini.
Spesifikasi
- Intel Core i5 Generasi ke-8
- Memori 8GB / 256GB
- Paparan LCD 13.3” HD penuh
- Dimensi 315.8 x 215.4 x 18.5mm
- Berat 1.53kg
- Kuasa 43Wh
- Bicu USB-C, USB 3.0 x1, USB 2.0 x1, HDMI, HP/Mic
- Kamera VGA
- Stylus Active Pen
- Papan kekunci Backlit KBD, Keystroke 1.5mm, Clickpad (pad sesentuh)
- Kerangka logam

