Nokia 8 Terima Kemas Kini Android Oreo!

Bagi pengguna Nokia 8 di Malaysia, penantian anda untuk menerima kemas kini Adroid 8.0 Oreo nampaknya semakin hampir kerana Nokia telahpun mula menawarkan kemas kini Android Oreo.

Buat masa ini, kemas kini hanya diterima oleh pengguna di negara-negara Eropah Timur terlebih dahulu. Ia secara langsung mengotakan janji Juho Sarvikas (ketua HMD) untuk memberikan kemas kini Android 8.0 Oreo sebelum tahun 2018.

Dengan saiz muat turun sebesar 1.5GB, adakah pengguna di Malaysia telah menerima kemas kini Android Oreo ini?

Sumber : GSM Arena

You might also like