HMD Tunjuk Gambar Acah Nokia 8 Dengan Android Oreo

Minggu lepas Nokia 8 telah dilancarkan di Malaysia. Peranti flagship HMD global itu menawarkan telefon pintar berprestasi tinggi yang dilengkapi cip pemproses Snapdragon 835, paparan QHD 5.3 inci, dwi kamera utama ZEISS, dan sistem operasi Android Nougat.

Pada masa sama, Juho Sarvikas (ketua HMD) juga menjanjikan bahawa kesemua peranti Android Nokia akan menerima kemas kini Android Oreo tidak lama lagi. Terbaru, salah seorang kakitangan HMD dilihat sedang memegang Nokia 8 dengan perisian Android Oreo.

Imej ini juga menunjukkan Android Oreo masih lagi dalam versi Beta dengan saiz kemas kini sebanyak 1.3GB. Walaubagaimanapun kemas kini ini akan rasmi selepas kesemuanya berjalan dengan lancar kelak. Ini juga bermaksud ia masih lagi belum boleh dimuat turun oleh pengguna umum.

You might also like