
Rekaan Penuh OnePlus 7 & OnePlus 7 Pro Muncul Di Media Sosial
Kita kini dihebohkan dengan berita ketirisan mengenai rekaan penuh pewaris baru OnePlus iaitu OnePlus 7. Memetik maklumat tersebar, model tersebut dijangka hadir dengan dua versi iaitu OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro.

OnePlus 7 dijangka hadir dengan skrin bersaiz 6.4″ bersama rekaan takuk kecil. Selain itu, ia juga dijangka membawa ketersediaan dwi kamera utama yang mana salah satu sensor menyokong sehingga 48MP.
Untuk OnePlus 7 Pro pula, ia dijangka dibina dengan paparan berukuran 6.64″ bersama penggunaan rekaan pop up pada kamera hadapan. OnePlus 7 Pro berkemungkinan sokong tiga kamera utama yang mana salah satu sensor juga menyokong sehingga 48MP.

Adakah ianya benar? Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Jadi, sama-sama kita tunggu kemunculan peranti ini!
[SUMBER]

