Hadiah Hebat Sehingga 6 Juta Menanti Pengguna Dalam Karnival Huawei 2018

Bermula dari 9 Jun hingga 10 Jun 2018 nanti, Huawei Malaysia akan menganjurkan program Karnival Huawei 2018 yang menjanjikan hadiah hebat bernilai sehingga RM6 juta di 20 pengedar Huawei yang sah di seluruh negara, termasuk empat platform membeli-belah atas talian iaitu Vmall, Lazada, 11street serta Shopee.

Sepanjang tempoh ini, pelanggan yang membeli model terpilih dari siri ‘P’ dan siri ‘Mate’ akan turut menerima Huawei Body Fat Scale bernilai RM186 secara percuma. Manakala setiap pembelian untuk model terpilih dari siri ‘Nova’ pula akan menerima Huawei Wooden Bluetooth Speaker bernilai RM120 secara percuma.

Lebih menariknya, pelanggan yang membuat pembelian sepanjang tempoh ini juga boleh menyertai cabutan bertuah dengan mengisi borang penyertaan yang boleh didapati di kedai yang mengambil bahagian.

Pembeli atas talian pula boleh mengisi borang cabutan bertuah dan menghantarnya ke Huawei Technologies sebelum 15 Jun 2018 dan nama pemenang akan diumumkan pada 29 Jun 2018. Hadiah untuk cabutan bertuah ini termasuklah 20 unit Perodua Axia dan 60 unit Huawei Mate 10 Porsche Design.

Tempat penebusan boleh merujuk jadual di bawah:

 

You might also like