
Facebook telah mengumumkan di pelancaran peringkat global “Why am I seeing this post” yang merupakan ciri baharu bagi membantu pengguna lebih memahami dan mengawal apa yang mereka lihat menerusi teman mereka, laman dan group di News Feed. Dan kini ia telah tersedia di Malaysia.
Ciri baharu ini boleh didapati di di bahagian menu yang boleh didapati di bahagian atas kanan post rakan anda itu. Dengan klik pada “Why am I seeing this post?“ anda boleh melihat interaksi lalu bersama rakan anda.
Selain itu, anda juga boleh melihat kekerapan anda berinteraksi dengan pengguna lain di Pages atau Groups juga kekerapan anda berinteraksi pada video atau pautan.
Menariknya lagi, anda boleh mengawal sesebuah perkongsian seperti See First, Unfollow, News Feed Preferences, Hide, Snooze dan juga Privacy Shortcuts bagi memberikan lebih privasi pada News Feed anda.
Tambahan lagi, dengan kemaskini ciri ini, anda boleh melihat maklumat terperinci tentang mengapa anda dapat melihat sesuatu iklan yang dipamerkan di Facebook.
________________________
Baca juga: