vivo X21 Diperkenalkan Secara Rasmi Di Malaysia – Ditawarkan Pada Harga RM2,299

Sebelum ini, vivo telah memperkenalkan vivo X21 untuk pasaran Singapura dengan tawaran harga RM2,200. Hari ini, bertempat di Bangsar vivo dengan rasminya melancarkan vivo X21 untuk pasaran tempatan dengan tawaran harga RM2,299 dan akan mula dijual pada 9 Jun 2018 di seluruh cawangan kedai rasmi vivo dan pengedar sah. vivo turut bekerjasama dengan telco Digi, di mana pembelian vivo X21 akan mendapat 60GB data selama setahun (5GB x 12 bulan bagi pelan pascabayar).

vivo X21 menjadi bualan hangat apabila menjadi di antara telefon terawal yang diperkenalkan hadir dengan sokongan cap jari dalam paparan (In-Display Fingerprint Scanning). Menampilkan paparan FullView dengan skrin ‘rongak’ bersaiz 6.28 inci FHD+, ianya diserikan dengan storan 128GB dan RAM 6GB, bateri berkapasiti 3200mAh serta dikuasakan cip pemproses Snapdragon 660.

Kamera utama vivo X21 hadir dengan lensa 12 Megapiksel + 5 Megapiksel, disokong oleh 1.28μm piksel yang boleh mempertingkatkan kejelasan gambar. Di samping itu, teknologi fokus yang cepat mampu menangkap setiap detik gambar dengan pantas.

Teknologi AI HDR pula turut disertakan dalam peranti ini, ia mampu mengesan intensiti cahaya di sekeliling anda untuk menghasilkan kualiti gambar yang bagus walaupun dalam keadaan gelap. Manakala kamera untuk swafoto pula beresolusi 12 Megapiksel.

Selain sokongan pengimbas cap jari pada paparan, vivo X21 juga hadir dengan teknologi pengecaman wajah AI yang mampu membuka telefon pintar ini dalam masa 0.1 saat sahaja. Sepertimana vivo V9, X21 turut hadir dengan ciri AI Game Mode yang mana akan diaktifkan sebaik pengguna membuka game, dalam masa sama akan menyekat sebarang mesej dan panggilan yang masuk. Ia bermakna pengguna masih menerima panggilan dan mesej, tetapi diletakkan sebagai notifikasi latar belakang.

You might also like