XOX Mobile Komited Dalam Pembangunan Atlet Badminton

1XOX MOBILE telah menandatangani persetujuan untuk menjadi penaja utama Kelab Badminton Petaling, selari dengan komitmen mereka untuk memupuk pembangunan bakat sukan Malaysia yang baru dan akan datang.

XOX MOBILE secara aktif telah terlibat dalam menyokong pembangunan sukan tempatan, sebelum ini mereka telah bekerjasama dengan Persatuan Badminton Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Kelab Bola Sepak Johor, Southern Tigers. Simbolik peranan XOX Mobile di dalam sukan tanah air boleh dilihat dari duta jenama mereka, iaitu seorang wira sukan Malaysia, Dato’ Lee Chong Wei.

Petaling Badminton Club ialah institusi sukan yang disegani, sejak penubuhannya pada tahun 2006, kelab ini telah mecipta sejarah dan legasinya yang tersendiri dengan menarik bakat badminton Malaysia dan antarabangsa, manakala secara aktif mengenal pasti, menyemai dan melatih pemain badminton muda yang berbakat untuk mewakili negara.

Peranan XOX Mobile di dalam kerjasama ini adalah lebih tertumpu kepada pembangunan atlet muda badminton. Bermula dari proses pengecaman bakat sehinggalah kepada proses pembangunan atlet tersebut. Sepanjang tempoh kerjasama ini, Logo XOX Mobile akan dapat dilihat di jersi pemain, papan tanda pertandingan dan juga bahan promosi.

You might also like