ZeptoExpress, membuat tempahan penghantaran barang ke lokasi

ikonDi Malaysia, terdapat dua perkhidmatan popular untuk tempahan pemanduan iaitu Uber dan GrabCar. Terkini, ZeptoExpress turut menyertai perkhidmatan yang sama dengan kerjasama bersama Big Blue Taxi. Ia memudahkan pengguna membuat tempahan teksi biasa ataupun teksi eksekutif dengan caj perkhidmatan sama seperti caj biasa, di mana teksi biasa bermula dengan RM 3, sementara teksi eksekutif pula bermula adalah RM 6. Bagi anda yang tidak mengenali akan Zepto Express, ia sebelum ini dikenali dengan nama Posto Express dan memfokuskan kepada penawaran tempahan penghantar barangan ke sesuatu lokasi.

edit

Menggunakan aplikasi ZeptoExpress, pengguna boleh membuat tempahan penghantaran barang ke lokasi, dan penghantar barang akan datang mengambil dan menghantarnya. Ia secara tidak langsung memudahkan pengguna untuk menghantar barang ke mana sahaja di semenanjung Malaysia.

Muat Turun:

You might also like