
MOVE, membolehkan pengguna membuat tempahan teksi
Selain Grab dan Uber, terdapat sebuah lagi aplikasi untuk tempahan teksi yang dikenali sebagai MOVE. MOVE dibangunkan dan ditawarkan oleh syarikat DNeXPORT Sdn Bhd, yang membolehkan pengguna membuat tempahan teksi dengan pilihan teksi biasa atau premium. MOVE kini menyasarkan lebih kurang 6000 pemandu teksi akan menggunakannya menjelang penghujung tahun 2016.
Buat masa ini, MOVE hanya boleh digunakan oleh pengguna di Lembah Klang sahaja, tetapi akan diperkenalkan di seluruh semenanjung Malaysia jika mendapat permintaan yang tinggi. Editor sendiri masih belum berpeluang untuk mencubanya, adakah lebih murah berbanding Grab dan Uber?! Bagi yang berminat dan ingin mencuba sendiri menaiki MOVE, anda boleh memuat turunnya secara percuma di Google Play Store ataupun Apple AppStore.
Muat Turun:

