Samsung Galaxy P30 & P30+, Model Pertama Samsung Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Atas Skrin?!

Sebelum ini Samsung ada berkongsi bakal memperkenalkan teknologi pengimbas cap jari pada skrin yang diberi nama Samsung Galaxy S10. Berdasarkan pendedahan yang mula dikongsikan di Internet, Samsung dikatakan bakal memperkenalkan teknologi tersebut lebih awal melalui pelancaran siri baharu iaitu Galaxy P tidak lama lagi.

Samsung dikhabarkan akan memperkenalkan dua model iaitu Galaxy P30 dan juga Galaxy P30+. Berbeza dengan teknologi sensor pengimbas cap jari pada skrin menggunakan ultrasonik yang akan digunakan pada Galaxy S10, kedua-dua model dari siri Galaxy P ini akan menggunakan sensor pengimbas cap jari pada skrin jenis optikal di bawah panel LCD.

Mengenai spesifikasi dan harga penawaran Galaxy P30 dan Galaxy P30+, ianya bakal diumumkan pada 11 Oktober 2018. Sama-sama nantikan!

 

 

You might also like