
Xiaomi Redmi Note 6 Pro Dipercayai Sokong Pemproses Qualcomm Snapdragon 636?
Dalam arena peranti pintar, boleh dikatakan kadar ketirisan informasi berkaitan dengan sesebuah peranti itu adalah agak tinggi.
Selepas beberapa kebocoran maklumat berkaitan Xiaomi Redmi Note 6 Pro sebelum ini, kali ini terdapat satu lagi imej ketirisan yang mengatakan peranti pintar berkenaan dipercayai akan dijana dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636.
Perkara tersebut mungkin tidak dapat disangkal kerana ia telah disahkan oleh ujian penanda aras Geekbench yang dijalankan oleh Redmi Note 6 Pro yang mana jelas mendedahkan bahawa peranti ini akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636.
Dari segi skor penanda aras, Redmi Note 6 Pro dilihat telah mencatatkan 1332 markah dalam ujian satu teras manakala dalam ujian multi-teras pula ia mencatatkan sebanyak 4675 markah.
Di samping itu, maklumat daripada Geekbench tersebut turut mendedahkan peranti ini bakal didatangkan dengan sistem operasi Android 8.1 Oreo dan dan juga RAM 4GB.
[ SUMBER ]