LHDN Sertai Senarai Agensi Yang Menggunakan TAP-i Bank Islam

1TAP Mobile Banking adalah satu inisiatif Bank Islam Berhad (Bank Islam) untuk memperkasa perkhidmatan perbankan mereka. Ia menggunakan teknologi cip yang inovatif untuk membawakan khidmat perbankan terus kepada smartphone anda. Tanpa menggunakan data Internet, pengguna boleh memindahkan wang, membeli tambah nilai, membayar bil utiliti dan menguruskan cek hanya dengan menggunakan smartphone sahaja.

Terbaru, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menyertai senarai agensi tersebut, di mana ia membolehkan rakyat Malaysia membayar cukai menggunakan TAP- i Bank Islam. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh LHDN, seramai 130,770 individu yang membayar cukai secara ByrHASIL FPX pada tahun 2015 berbanding 99,254 pada tahun sebelumnya. Diharapkan pada tahun yang akan datang, lebih ramai rakyat menggunakan kemudahan disediakan untuk menjadi rakyat Malaysia bertanggungjawab.

Portal TAP-i Bank Islam:SINI

 

You might also like