- Iklan -

Digi Lancar Jalur Lebar Fiber Pantas Untuk Perniagaan PKS Di Seluruh Negara, Tawar Penyelesaian Perhubungan Menyeluruh

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini memperkenalkan Digi Business Fibre Broadband, penyelesaian sambungan yang baharu dan komprehensif dengan harga pasaran terendah untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) memperkasakan kesinambungan perniagaan mereka serta membantu mengharungi gelombang transformasi digital.

Menerusi pelancaran Digi Business Fibre Broadband ini, Digi menawarkan PKS beberapa pilihan sambungan dengan nilai terbaik bagi pelan jalur lebar fiber berkelajuan tinggi yang dipadankan bersama talian pascabayar mudah alih, untuk membawakan sambungan internet tanpa had dan lancar buat PKS menguruskan perniagaan mereka pada bila-bila masa dan di mana jua.

Landskap perniagaan semasa telah mempercepat kadar digitalisasi di negara ini, dan menyaksikan ramai PKS memanfaatkan peluang digital untuk memulihkan dan mengembangkan perniagaan mereka. Namun, 84% PKS masih menyatakan kesulitan dihadapi berkaitan sambungan dalam talian sebagai cabaran dalam menguruskan perniagaan mereka dengan cekap, berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh EY.

Justeru itu, Ketua Pegawai Perniagaan Digi, Eugene Teh berkata bahawa sambungan digital merupakan teras penting dalam mendorong pendigitalan yang efektif untuk PKS.

Kelajuan lebih tinggi: Sambungan pantas dan lancar

Sejajar dengan perkembangan Digi baru-baru ini yang menjadi salah satu penyedia fiber kediaman terbesar di Malaysia, pelanggan PKS Digi kini dapat menikmati jalur lebar fiber pantas, daripada 100 Mbps sehingga 800 Mbps, bermula daripada RM130 sebulan.

Penjimatan lebih banyak: Padankan sehingga 15 talian Go Digi Business Postpaid

Untuk nilai yang lebih hebat, pelanggan akan memperoleh lebih banyak penjimatan apabila mereka memadankan pelan Business Fibre dengan pelan Go Digi Business Postpaid mereka yang sedia ada atau baharu, bermula daripada Go Digi 78, dan seterusnya mereka dapat menikmati data tanpa had secara automatik. Oleh itu, pelanggan akan memperoleh penjimatan sehingga RM7,920 untuk 15 talian mudah alih bagi tempoh 24 bulan, yang mana jika tanpa pakej, pelan pascabayar terendah dengan data tanpa had bermula daripada RM100. 

Bergantung pada pakej Business Fibre, pelanggan dapat menambah sehingga 15 talian ke dalam pakej. Maklumat lanjut mengenai pelan Go Digi Business Postpaid terdapat di sini: https://www.digi.com.my/business/plans/business-mobile-plans 

You might also like