MWC 2020: vivo APEX 2020 Dibekalkan Teknologi Super Flashcharge 120W – Mengecas Penuh Dalam Hanya 13 Minit!

vivo baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bakal muncul dengan peranti baharu iaitu vivo APEX 2020 di Mobile World Congress (MWC) 2020, Barcelona pada 23 Februari ini. Siri APEX ukup dikenali sebagai barisan peranti konsep yang mempunyai ciri reka bentuk inovatif termasuk nisbah skrin ke badan yang tinggi, kamera super hebat, kamera selfie pop-up dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, bahkan peranti ini juga dibekalkan dengan dengan bateri tahan lama dan pengisian pantas yang luar biasa – teknologi Super Flashcharge 120W. Di mana, ia hanya memerlukan 5 minit untuk mengecas ke tahap 50% dan proses pengecasan penuh pula hanya dalam 13 minit sahaja!

https://www.facebook.com/vivoMalaysia/videos/2253109394786022/

 

Nampaknya cukup pantas untuk mengecas bateri dengan kapasiti 4,000mAh. Selain itu, Super FlashCharge 120W juga mempunyai teknologi pengecasan baharu dengan kabel Type-C yang disesuaikan. Pun begitu, spesifikasi utama peranti masih belum dikongsi dan segala – galanya bakal terjawab di acara MWC 2020 kelak. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

You might also like