What is NEX? Bakal Hadir Ke Malaysia?!

997
- Iklan -

Dua minggu lepas, vivo telah mendedahkan peranti konsep yang tampil buat pertama kalinya pada pameran MWC 2018 yang dikenali dengan nama baharu iaitu vivo NEX. Istimewanya siri terbaru ini, ia membolehkan pengguna merasai sendiri teknologi masa depan dan inovasi di luar imaginasi sendiri.

Menampilkan paparan skrin sepenuhnya tanpa takuk dan bezel dengan teknologi Ultra FullView Zero Screen Display, vivo NEX menawarkan skrin berukuran 6.59 inci dengan nisbah skrin-ke-kerangka 91.24%. Selain paparan skrin penuh menjadi taruhan, satu lagi keunikan pada vivo NEX adalah kedudukan kamera depan telah disembunyikan pada bahagian atas peranti, ia akan muncul secara automatik setelah anda mengaktifkan kamera depan.

Buat masa sekarang, vivo masih belum mengesahkan mengenai pelancaran rasmi bagi vivo NEX di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi vivo Malaysia atau Facebook vivo Malaysia.