Keupayaan Maxis eCommerce Membantu Memacu Segmen Perusahaan!

Maxis telah memperluaskan penawaran penyelesaian perusahaan dengan penyelesaian e-dagang Maxis eCommerce terkini, yang disasarkan khusus kepada PKS di Malaysia. Ia bertujuan untuk membina, menguatkan, dan mengoptimumkan kehadiran e-dagang mereka serta memaksimumkan potensi pendapatan dari dalam dan luar Malaysia.

Perkhidmatan ini disokong oleh pasukan eCommerce berdedikasi, yang akan membantu menubuhkan laman web (membina), pemasaran digital (menguatkan) serta tinjauan dan analisis (mengoptimumkan). Maxis juga akan mempunyai pengurus Perniagaan e-Dagang yang berdedikasi untuk bekerjasama dengan pelanggan sepanjang proses pembangunan e-dagang mereka.

Perkembangan agresif ke arah e-dagang telah diperkuatkan oleh pengambilalihan syarikat pembangunan laman web terkemuka, Optima Innovations (Optima). Optima telah berjaya mengupayakan beberapa jenama runcit Malaysia yang ikonik membina kehadiran e-dagang mereka termasuk Senheng, Bata, GNC Live Well serta banyak lagi.

Dalam masa beberapa bulan selepas pengambilalihan itu, pasukan yang baharu bergabung ini telah bersama-sama melancarkan Nichii, yang merupakan antara syarikat pertama yang terkemuka di Malaysia yang akan mengunakan perkhidmatan Maxis eCommerce, termasuk syarikat-syarikat ternama yang lain.

Malah, penyelidikan telah menunjukkan bahawa 59% pelanggan atas talian membeli-belah sekurang-kurangnya sekali setiap bulan, dan bahagian jualan atas talian bagi semua jualan di Malaysia dijangka mencapai pertumbuhan dua digit pada tahun-tahun akan datang.

Maxis kini merupakan satu-satunya penyedia penyelesaian e-dagang yang menyeluruh di Malaysia dengan kerjasama beberapa PKS yang telah mengubah perniagaan masing-masing melalui kuasa e-dagang.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Maxis eCommerce atau hubungi 1-800-82-1919.

You might also like