
Kepada para wanita di luar sana, bersedialah dengan cabaran solekan starry Purple yang diinspirasikan oleh OPPO F9 Starry Purple.
Oppo F9 Starry Purple membawakan cabaran solekan dan penggayaan untuk rakyat Malaysia yang bermula dari 10 hingga 28 Oktober 2018.
Para peserta perlulah menunjukkan obsesi mereka terhadap warna unggu di bawah dua kategori sama ada solekan atau penggayaan.
Pemenang akan membawa pulang telefon terbaharu OPPO F9 Starry Purple.
Bagaimana cara untuk menyertai pertandingan ini? Mudah sahaja, dengan mengikut 3 langkah berikut.
Langkah 1: Peserta perlu memilih untuk memasuki kategori sama ada cabaran solekan atau penggayaan.
Langkah 2: Untuk menyertai cabaran solekan, peserta perlu melakukan solekan yang berinspirasikan OPPO F9 Starry Purple. Bagi cabaran penggayaan pula, peserta perlu memuatnaik sekeping gambar yang mengayakan pakaian atau aksesori yang berwarna ungu.
Langkah 3: Ketika memuatnaik, sertakan sekali tanda pagar #OPPOF9 #StarryPurpleChallenge.
OPPO F9 dalam warna Starry Purple dilihat tampil lebih menawan dengan mempunyai bahagian belakang yang berkilat seperti bintang berkilauan di atas galaksi ungu sekaligus menjadikannya sebuah peranti yang cukup bergaya untuk peminat fesyen dan juga teknologi.
Baca juga:
- OPPO F9 Starry Purple Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1,399
- Eksklusif Hands-On : OPPO F9 Starry Purple
- Kerjasama Dengan Shiseido, Oppo Sediakan Edisi Khas F9 Starry Purple
- Reviu Eksklusif: OPPO F9, 5 Fokus Utama Di Bawah RM1,399!