vivo Menjadi Penaja Rasmi FIFA World Cup™ 2018 dan 2022

Piala Dunia FIFA merupakan perlawanan bola sepak terkemuka di dunia, dengan tumpuan yang tinggi tentunya mampu menarik perhatian orang ramai. Justeru itu, vivo telah menggunakan saluran pemasaran ini bagi tujuan meningkatkan kesedaran jenama ini di pasaran antarabangsa.

Terkini, vivo rasminya mengumumkan kerjasama dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai penaja rasmi Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022. Melalui pengaruh global yang cukup besar, kerjasama selama enam tahun ini bakal membawa vivo ke tahap yang lebih tinggi, khususnya melibatkan pendedahan jenama telefon pintar ini di peringkat antarabangsa.

Tidak lama lagi, vivo juga akan memperkenalkan FIFA World Cupphone yang menawarkan pengalaman lain dari yang lain untuk pengguna vivo dan para peminat bola sepak. Selain itu, kakitangan FIFA juga akan menggunakan telefon pintar vivo sepanjang perlawanan.

Sebagai penaja Piala Dunia, vivo berhasrat untuk melibatkan diri dalam semangat bola sepak sebegini dan menunjukkan kepada pengguna di seluruh dunia tentang imej vivo yang bertaraf antarabangsa, kreatif dan menyeronokkan. Pada masa yang sama, vivo juga akan terus membawakan sesuatu yang bersifat peribadi, bertenaga dan berjiwa muda ke dalam Piala Dunia dan sukan bola sepak secara keseluruhan.

You might also like