
Selepas memperkenalkan model Huawei nova 3e untuk pasaran tempatan pada bulan Mei 2018, nampaknya Huawei Malaysia telah mengumumkan kehadiran warna baru untuk telefon pintar ini iaitu edisi merah jambu yang ditawarkan pada harga yang sama, RM1,320 (0% GST). Sebelum ini, nova 3e hanya hadir dalam dua pilihan warna sahaja iaitu Klein Blue dan Midnight Black.
Peranti terbaharu ini hadir dengan rekaan lebih segar mengikuti trend semasa melalui skrin hampir penuh dengan takuk bersaiz 5.84 inci FullView Display 2.0. Mensasarkan kepada golongan yang gemarkan swafoto, kamera depan Huawei nova 3e hadir dengan sensor 24 Megapiksel bersama ciri AR Lens yang agak popular sejak kebelakangan ini.
Rekaan gelas yang berkilau kini diguna pakai bagi menggantikan tubuh badan logam yang digunakan pada nova 2i, sekaligus aspek luaran menjadi lebih premium. Huawei nova 3e dikuasakan cip Kirin 659 dengan RAM 4GB dan storan 64GB diikuti sistem operasi Android 8.1 Oreo.
https://www.facebook.com/HuaweimobileMY/videos/2062211860473653/

