Sampaikan Kemas Kini Android Oreo Pada ASUS ZenFone 3

ASUS ZenFone 3 ZE552KL (5.5 inci) dan ZE520KL (5.2 inci) yang dilancarkan pada Ogos 2016 lalu, kini telah menerima kemas kini Android Oreo secara rasmi.

Seperti biasa, kemas kini ini memerlukan sekurang-kurangnya 1.5GB storan kosong untuk memasang. Pengemaskinian terbaru ini menawarkan reka bentuk UI yang lebih mesra di menu Tetapan, di samping beberapa aplikasi yang tidak digunakan seperti Minimove, Photocollage dan Do It Later turut dibuang supaya sistem lebih lancar.

Menurut ASUS, setelah dikemas kini, peranti anda akan menerima patch keselamatan terkini juga. Buat pengguna ASUS Malaysia, mungkin kemas kini ini dilancarkan secara berperingkat.

So, tunggu je la…

 

You might also like