Yoodo! Memilih Pelan Telco Secara Bebas!?

Satu lagi servis digital baru diperkenalkan! Yoodo yang dioperasikan di bawah syarikat telco Celcom ini telah menawarkan servis atas talian di mana ia lebih mesra kepada generasi muda masa kini yang lebih mementingkan digital.

Melalui Yoodo, anda boleh memilih pelan mengikut penggunaan anda sendiri. Pilihannya termasuk data Internet, minit panggilan dan SMS, selain itu anda juga boleh membuat tambahan data Internet pada Facebook, YouTube dan Instagram.

Hanya meleret bar pada setiap pilihan dan anda akan melihat jumlah yang perlu dibayar setiap bulan, tiada masalah juga sekiranya anda ingin menukar pelan atau menamatkannya pada bila-bila masa kerana ia adalah pelan tanpa kontrak. Pembayaran akan dibuat melalui potongan secara automatik setiap bulan, jadi anda perlu masukkan kad kredit atau debit dalam sistem ini.

Kalau anda berminat, boleh memuat turun aplikasi Yoodo di peranti Android atau iOS. Maklumat lanjut juga boleh layari laman rasmi Yoodo.

 

You might also like