- Iklan -

Reviu Eksklusif: OPPO Reno5 Dengan Lensa Utama 64MP Beri Imej Menakjubkan Ke?

Pada tahun lalu, OPPO mendapat sambutan yang baik semasa OPPO melancarkan siri Reno4 dengan penampilan yang bergaya serta fungsi kamera yang kuat. Dengan itu, OPPO telah melancarkan generasi baru, iaitu OPPO Reno5 pada akhir tahun. Kini, admin mempunyai OPPO Reno5 di tangan admin.  Sekiranya korang ingin mengetahui tentang peningkatan telefon baru ini berbanding dengan generasi sebelumnya, teruskan dengan reviu ini. Admin akan menunjukkan korang tentang fungsi OPPO Reno5 satu persatu!

Rekaan Yang Serius Eksklusif!!

Reno5 yang menekankan badan fon dengan Star Diamond Technology 2.0 telah berjaya menarik perhatian admin dengan foto-foto semasa ia dilancarkan. Namun begitu, ketika admin melihat fon yang berwarna Galactic Silver pada pertama kali, admin sudah mengagumi keindahan permukaannya yang berkelip halus dan bertahan sidik jari. Ini adalah proses kaca AG unik OPPO yang boleh menunjukkan warna yang berbeza di bawah sudut cahaya yang berbeza, memang amat cantik!

Dari segi sentuhan tangan, Reno5 boleh dikatakan sangat nipis dan ringan kerana tubuh beratnya hanya 180g dan tebal hanya 7.9mm. Penutup belakang melengkung 3D dan tepi skrin 2.5D memberikan cengkaman yang baik. Tambahan pula, admin amat menyukai sentuhannya yang unik dengan pertukangan berlian bintangnya, memang selesa~

Modul kamera belakang di bahagian belakang fon menggunakan reka bentuk lensa 3 besar dan 1 kecil, dan ia berjaya dibuat dengan sangat nipis, serta melengkapi setiap lensa dengan perlindungan.

Terdapat slot kad SIM dan butang penyesuaian kelantangan di sebelah kiri badan fon; manakala suis kuasa yang terletak di sebelah kanan mempunyai jalur hijau yang terang di tengah butang untuk tujuan pengenalan.

Bahagian bawah fon dilengkapi dengan bicu fon kepala 3.5mm, mikrofon, jack USB Type-C dan pembesar suara; bahagian atasnya adalah mikrofon.

Akhirnya, bahagian depan fon dilengkapi dengan skrin berlubang FHD+ 6.43 inci. Teknologi pembungkusan COF yang canggih mengurangkan tepi bawah skrin dari 5.53mm hingga 3.98mm, dan nisbah skrin-ke-badan mencapai 91.7% untuk memberi pengalaman visual yang terbaik bagi pengguna. jom kita lihat rekaan penuh peranti ini!!

Kamera quad 64MP Lebih Baik

Fungsi kamera selalu menjadi bahagian yang membanggakan bagi siri Reno, jadi kali ini OPPO telah banyak mengusahakan dalam kamera Reno5, terutamanya dalam pengambilan gambar potret untuk memberikan peningkatan fungsi yang lebih banyak. Hal ini demikian kerana Reno5 dilengkapi dengan sistem teknologi video potret dimensi penuh FDF yang menyokong penyesuaian kecantikan 100 tingkat 8 kali ganda, pastinya ciri yang korang sukai. Reno5 dilengkapi dengan kamera quad belakang, empat lensa tersebut adalah lensa utama 64MP + sudut super lebar 8MP + makro 2MP + lensa hitam dan putih 2MP; lensa depan adalah kamera selfie 32MP.

• Video AI Highlight •

Fungsi ini boleh dikatakan menggabungkan super video pemandangan malam dan fungsi LiveHDR. Pengguna boleh mengaplikasikan fungsi AI ini dengan lensa depan atau belakang dalam pemandangan cahaya yang redup ataupun latar untuk meningkatkan kualiti keseluruhan video dan gambar. Dengan fungsi ini, kualiti pemandangan malam pasti akan lebih jelas dan terang.

• Video Dual View •

Untuk menambahkan keseronokan dalam penggambaran video, Reno5 menyokong fungsi video Dual View yang boleh merakamkan melalui kamera depan dan belakang secara bersama. Pengguna juga dapat memilih 3 susun atur layar split yang berbeza, termasuk layar split kiri dan kanan untuk vlog, serta bulatan dan segi empat yang kelihatan macam panggilan video.

• Video kecantikan potret •

Dalam mod normal, Reno5 sebenarnya dapat mengambil potret dengan jelas. Lensa depannya yang dapat mengesan sehingga 194 titik ciri wajah setelah menggunakan fungsi AI dapat memberikan kesan kecantikan yang lebih halus dan semula jadi untuk video potret. Selain menyesuaikan tahap kecantikan, pengguna juga boleh membuat penyesuaian kecantikan wajah yang lebih terperinci, seperti kuruskan muka, besarkan mata, aplikasikan alat solek, dan lain-lain untuk menjadikan ciri wajah yang lebih berdimensi tiga dan cantik. Gaya keseluruhan juga akan kelihatan cantik dan semula jadi setelah penyesuaian dilakukan.

• Ultra Steady Video 3.0 •

Semasa merakamkan video, Reno5 pasti steady! Kali ini, Reno5 menyediakan tiga mod anti-goyang termasuk Front Steady Video untuk lensa depan, Ultra Steady Video untuk lensa belakang, dan Ultra Steady Video Pro untuk lensa super lebar.

• Kamera quad 64MP •

Pada bahagian pengambilan gambar, Reno5 menyediakan berbagai mode seperti potret, pemandangan malam, gerakan lambat, profesional, HDR, fungsi AI, penapis dan fungsi lain. Dengan fungsi AI, kamera dapat mengenali 22 pemandangan yang berbeza dan mengoptimumkan warna, ketepuan dan kecerahan untuk pemandangan tertentu bagi menampilkan gambar yang paling sempurna.

Di samping itu, semasa menggunakan lensa belakang untuk mengambil potret pada waktu malam, korang boleh klik ikon penapis di atas untuk menghidupkan fungsi Night Flare Portrait yang pertama bagi membentuk kesan bokeh semula jadi melalui bintik-bintik cahaya kabur yang telus dan terang pada latar belakang malam. Ia dapat menghasilkan gambar potret malam yang jelas dan terang serta  meningkatkan fotografi telefon korang ke taraf yang lebih profesional!

Marilah tengok hasil gambar Reno5:

Kapasiti Bateri 4300mAh + Pengecasan Pantas SuperVOOC 2.0 65W

Reno5 mempunyai kapasiti bateri besar 4300mAh. Ia bukan sahaja mempunyai jangka hayat bateri yang tahan lama, tetapi juga menyokong fungsi pengecasan kilat 65W SuperVOOC 2.0. Namun begitu,  meletakkan bateri yang besar di badan yang langsing bukanlah mudah, jadi ini pastilah bahagian yang harus dikagumi! Menurut pengumuman rasmi, Reno5 hanya memerlukan 15 minit untuk mengisi ke 60% bateri, dan 35 minit untuk mengecas sepenuhnya, jadi sekarang biarkan admin mengambil ujian praktikal untuk korang:

Apabila Reno5 disambungkan dengan rangkaian WiFi, ia mula dicas dari 20% hingga 98% setelah pengisian selama setengah jam, akhirnya dicas hingga 100%. Reno5 perlu agak 40 minit untuk mengecas sepenuhnya. Kelajuan pengecasan kilat 65W memang benar!

Pemproses Snapdragon 765G Berprestasi Baik

Dari segi prestasi perkakasan, Reno5 dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 765G dan menyokong rangkaian 5G. Oleh itu, operasi keseluruhannya sangat lancar. Admin tiada masalah menggunakannya untuk bermain mobile game ataupun makan ayam. Lebih-lebih lagi, admin juga menjalankan ujian permainan. Apabila ia dihidupkan HD dalam PUBG, laju bingkai tertinggi Reno5 dapat mencapai 34fps, dan yang terendah adalah 27fps tanpa lag. Pengalaman penggunannya boleh dikatakan sangat baik. Pada masa yang sama, Reno5 menggunakan kombinasi storan 8GB RAM + 128GB ROM. Ruangnya cukup besar, dan pengguna yang selalu menggunakannya tidak perlu terlalu risau telefon akan lag!

Sesuatu yang boleh diperhatikan ialah Reno5 menyediakan fungsi Game Space eksklusif bagi pengguna. Ketika permainan dijalankan, pengguna dapat menyesuaikan berbagai pengaturan permainan. Dalam Game Space, pengguna juga dapat mengatur mod prestasi permainan, meningkatkan mod, menyekat maklumat pemberitahuan dan lain-lain. Sebagai contoh, jika mod e-sukan dihidupkan, ia dapat melepaskan lebih banyak prestasi untuk permainan dan menyokong permainan berjalan dalam keadaan yang ekstrim.

Pengalaman Penggunaan Sistem ColorOS 11

Sistem yang digunakan dalam Reno5 ini telah dipertingkatkan ke ColorOS 11 berdasarkan Android 11. Dari segi visual, UI yang berwarna-warni bergabung dengan ikon yang ringkas memberi pengguna perasaan yang selesa dan senang digunakan. Pengguna boleh mengatur kandungan, tetapan antara muka, dan reka bentuk secara individu berdasarkan kegemaran pengguna.

Di samping itu, Reno5 juga menyediakan mod gelap dan mod perlindungan mata. Dalam mod gelap, pengguna boleh membuat penyesuaian yang lebih terperinci untuk mencapai pengalaman visual yang lebih selesa.

Sesuatu yang perlu disebutkan ialah aplikasi OPPO Relax yang memberi pelbagai kesan suara semula jadi dan membolehkan pengguna set waktu permainan. Pada masa yang sama, terdapat pelbagai permainan mini dan pengetahuan peta yang membantu pengguna mengisi masa lapang semasa berehat.

Apa Kata Editor!!

Pada pandangan pertama, OPPO Reno5 merupakan telefon bimbit yang bergaya dengan penampilan yang admin sukai. Ia mempunyai peningkatan dari segi kemampuan pengambilan gambar dan video berbanding dengan generasi sebelumnya, terutamanya pengambilan video yang terdapat mod dan fungsi yang banyak, serta fungsi pengambilan gambar yang tepat memang dikagumkan! Di samping itu, cas kilat 65W yang pantas, boleh mengecas bateri 4300mAh dalam masa tidak sampai satu jam, memang boleh menjimatkan masa. Ini memang bagus bagi pekerja pejabat!

OPPO Reno5 akan disediakan untuk pra-pesanan dari 18 hingga 22 Januari. Pengguna yang pra-pesan dalam tempoh ini boleh mendapat hadiah yang menarik bernilai RM397, termasuk OPPO Enco 11 bernilai RM159, casing telefon bimbit bernilai RM129 dan perkhidmatan jaminan 1 tahun lanjutan (bernilai RM109). Jika anda berminat dengan OPPO Reno5, ingatlah untuk terus follow platform OPPO rasmi dan ERING!

You might also like