Peranti Mampu Milik Dari Sony – Xperia L1 Berharga RM799 Boleh Dibeli Sekarang!

Pada IFA 2017 yang lalu, Sony Mobile baru sahaja memperkenalkan dua model tambahan ke dalam barisan flagship mereka, iaitu Xperia XZ1 dan Xperia XZ1 Compact. Walaupun sudah sekian lama Sony tidak membawa masuk smartphone pertengahan di bawah harga RM1000 ke pasaran tempatan, tetapi baru-baru ini pasaran tempatan tiba-tiba muncul pula satu model pertengahan yang diberi nama Xperia L1 dengan tawaran harga RM799 kepada peminatnya.

Baca Juga: IFA 2017: Sony Xperia XZ1 Dan Xperia XZ1 Compact – Dua Model Baru Dengan Snapdragon 835

Reka bentuk Sony Xperi L1 tidak jauh bezanya dengan kebanyakan model Sony yang lain, apa yang membezakan adalah bahan binaanya menggunakan polycarbonate. Ia ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu putih, hitam dan merah jambu.

Paparan skrin 5.5 inci dengan resolusi 720p HD dibekalkan pada Xperia L1, sistem operasi berasaskan Android 7.0 Nougat dengan cip MediaTek MT6737T di bawah sokongan Quad-core 1.4GHz. Dari segi memori pula, ia hadir dengan 2GB RAM dan 16GB memori dalaman yang boleh menggunakan kad microSD sehingga 256GB.

Peranti Sony mesti tidak boleh mengecualikan kualiti penggambarannya, Xperia L1 dibekal dengan sensor 13 Megapiksel pada kamera utamnya, sokongan seperti aperture f/2.2, LED flash dan rakaman video HD 1080p turut disediakan. Kamera swafoto pula, hanya 5 Megapiksel sahaja ditawarkan.

https://youtu.be/SdjOML1mvHo

Bateri Li-Ion berkapasiti 2620mAh disediakan, walaupun agak sedikit pada masa kini, namun kalau diletakkan pada kelas pertengahan, spesifikasi ini cukup memadai dengan tanda harga hanya RM799. Anda yang berminat, boleh mendapatkannya sekarang!

You might also like