
CES 2017: Variasi Baru Xiaomi Mi MIX
Xiaomi Mi MIX menggegarkan dunia smartphone apabila diperkenalkan beberapa bulan yang lalu. Smartphone dengan bezel minimal ini sememangnya salah satu smartphone tercantik yang diperkenalkan pada tahun 2016. Pada CES 2017, Xiaomi memperkenalkan satu variasi warna baharu untuk Mi MIX, kali ini ia hadir dengan warna putih.
Pada pelancaran sulung Mi MIX, ia hanya ditawarkan dengan warna hitam sahaja dengan pilihan kapasiti RAM 4GB dan 6GB. Xiaomi mengumumkan bahawa Mi MIX tidak akan dijual secara terbuka dan hanya dijual untuk pasaran China sahaja.
Kami rasakan Mi MIX warna hitam tampak lebih elegan, kerana kerangka tepinya tidak menonjol dan memberikan ilusi paparan yang lebih penuh dan imersif. Mi MIX versi warna putih pula merencatkan sedikit reka bentuk imersif yang cuba disampaikan Xiaomi dengan kerangka bezel putih yang kontra dengan paparan peranti ini.
Apa pula pendapat anda?

