Laporan Masalah Google Nexus 6P

1036

1Beberapa minggu yang lalu, terdapat beberapa laporan dari pengguna Nexus 6P bahawa peranti mereka sudah mula retak pada bahagian panel kaca yang melindungi kawasan kamera belakang. Retakan ini berlaku secara tiba-tiba dan ianya tidak terjadi pada satu peranti sahaja, terdapat sebilangan pengguna yang melaporkan masalah yang sama.

2Tidak selesai dengan isu itu, kini timbul pula laporan tentang kualiti audio yang tidak bailk semasa membuat panggilan. Rata-rata laporan dibuat menyatakan kenalan di talian tidak dapat mendengar dengan jelas panggilan yang dibuat dari Nexus 6P. Wakil dari Google yang turut serta dalam perbincangan forum memberitahu bahawa mereka sedang mengkaji punca dan mencari jalan penyelesaian kepada semua isu yang dihadapi peranti tersebut dan pengumuman akan dilakukan secepat mungkin.