vivo X9s Dan X9s Plus Dilancarkan – Dengan Fungsi Dwi Kamera Hadapan

Pembuat telefon pintar dari China, vivo baru-baru ini telah melancarkan dua model terbaru iaitu X9s dan X9s Plus. Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan sistem dwi kamera selfie dan saiz paparan yang berbeza.

Vivo X9s hadir dengan paparan 5.5 inci AMOLED HD penuh dan dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 652. Peranti ini juga mendapat memori RAM sebesar 4GB, storan 64GB dan tidak menyokong kad microSD. Ia turut dioperasikan Android 7.0 Nougat dan OS vivo Funtouch 3.1 serta dibekalkan kuasa daripada bateri berkapasiti 3,320mAh.

Sistem dwi kamera hadapan pula menggunakan sensor 20 Megapiksel dan 5 Megapiksel bersama aperture f/2.0. Sementara di bahagian belakang, ia dilengkapi kamera 16 Megapiksel f/2.0 dan bantuan LED flash di depan dan belakang membantu penggambaran di malam hari.

Seterusnya, vivo X9s Plus pula dipadankan dengan paparan 5.85 inci AMOLED dan masih mengekalkan resolusi HD penuh. Perkakasan dalaman dimuatkan set cip Qualcomm Snapdragon 653 dan bateri lebih besar iaitu 4,015mAh. Spesifikasi lain dilihat sama dan tidak menerima perubahan.

Vivo X9s dan X9s Plus masing-masing ditawarkan pada harga CNY2,698 (kira-kira RM1,705) dan CNY2,998 (kira-kira RM1,894) di pasaran China sahaja buat masa ini.

 

 

vivo X9s Dan X9s Plus Akan Diperkenalkan Khamis Ini?!

 

You might also like