
Nokia Akan Kembali Dengan Kamera ZEISS?!
Jika pada tahun sebelum 2010, kita dihangatkan dengan telefon Nokia bersama fungsi kamera dan lensa dari ZEISS. Terkini, dalam era telefon pintar yang semakin memuncak, Nokia mengambil inisiatif bekerjasama semula dengan ZEISS, iaitu sebuah organisasi yang membangunkan teknologi lensa kamera dan juga syarikat yang dikenali di seluruh dunia.
Dalam kolaberasi ini, HMD Global dapat memasukkan semula teknolgi tersebut ke dalam telefon pintar Android mereka pada masa kelak. Nokia mengharapkan penaiktarafan ini akan mengandakan penjualan telefon pintar mereka. Seterusnya, para pengguna Nokia dapat merasai pengalaman mengasyikkan seperti zaman kemuncak Nokia dahulu kala.
Nokia yang sering memberikan pengalaman lebih baik kepada pengguna komited dalam menghasilkan produk yang bermutu tinggi. HMD Global dan ZEISS akan melaksanakan kerjasama ini dalam jangka masa panjang untuk memangkin inovasi teknologi pada masa hadapan.
Oleh itu, kepada peminat setia Nokia, tidakkah anda berasa teruja dengan gerak langkah positif Nokia ini?