
Setelah beberapa maklumat tentang peranti terbaru Honor tersebar, kali ini Honor Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan kepada pasaran tempatan telefon pintar Honor terbaru dengan peningkatan dari segi prestasi, kelajuan dan juga reka bentuk yang menarik.
Peranti ini dikatakan akan dijual pada harga yang rendah tetapi ia masih memiliki keupayaan setaraf flagship jenama terkenal yang lain. Selain itu, telefon pintar terbaru ini akan memberikan kepuasan yang tinggi semasa memainkan permainan mudah alih dan realiti maya, malah dapat menghasilkan gambar lebih baik daripada kamera yang telah dinaik taraf.
Honor juga sangat teruja untuk melancarkan telefon pintar terbaru ini di Malaysia tidak lama lagi . Sementara, Honor telah menunjukkan pertumbuhan yang baik dalam pasaran atas talian seterusnya komited untuk melangkah lebih jauh lagi.

