
Peranti Asas Moto E4 Dan Moto E4 Plus Dilancarkan
Baru-baru ini Lenovo telah melancarkan dua telefon pintar kelas permulaan, Moto E4 dioperasikan oleh Android 7.1 Nougat telah didatangkan dengan skrin paparan bersaiz 5 inci dengan resolusi 720p serta pemproses Snapdragon 425. Memori yang digunakan sebanyak 2GB untuk RAM, manakala storan pula 16GB sahaja. Kamera utama hadir dengan 8 Megapiksel f/2.2 aperture dan kamera depan 5 Megapiksel f/2.2 bersama bantuan LED flash. Kerangka badan plastik ini juga disediakan dengan warna pilihan Fine Gold dan Licorice Black.

Beralih kepada skrin yang lebih besar, Moto E4 Plus pula didatangkan dengan paparan 5.5 inci dengan resolusi 720p, juga dioperasikan oleh Android 7.1 Nougat. Pemproses menggunakan Snapdragon 427 serta RAM sebanyak 2GB dan storan sehingga 32GB. Kamera pada versi Plus ini pula menerima sedikit peningkatan iaitu 13 Megapiksel f/2.0 di bahagian belakang, manakala 5 Megapiksel f/2.2 dengan LED flash pula di bahagian depan. Kerangka badan dibina menggunakan plastik dan bahan logam juga terdapat dalam warna Fine Gold dan Iron Gray.

Moto E4 dan Moto E4 Plus masing-masing dibekalkan dengan bateri berkapasiti 2,800mAh dan 5,000mAh, serta pengimbas cap jari jenis nano coating kalis percikan air dijual pada harga USD130 (lebih kurang RM556) dan USD180 (lebih kurang RM770).