
HUAWEI nova 6 Akan Tampil 2 Versi – Rangkaian 5G & 4G Bersama Teknologi Pengecasan Pantas 40W

HUAWEI nova 6 bermula kedengaran sejak minggu lalu, namun tidak banyak maklumat yang terdedah. Baru-baru ini dengar kata siri baharu akan tampil dalam 2 versi, iaitu 5G dan 4G.

Melalui gambar tertiris, nova 6 yang menggunakan nombor kod WLZ-AN00 dan WLZ-AN10 yang masing-masing bagi 5G dan 4G telah dipastikan akan tersedia bersama sokongan pengecasan pantas 40W.
Tambahan lagi, ia didatangkan sekali dengan palam kuasa HW-100400C00 yang menyokong output maksimum sehingga 10V4A.

Bagi reka bentuk pula, melalui gambar tertiris boleh dipercayai ia hadir dengan dwi-kamera swafoto, manakala panel belakang menggunakan kuad-kamera.
[ SUMBER ]

