Samsung Lancarkan Showcase Do What You Can’t Menerusi Filem Pendek ‘Julian and His Magical Skates’

Samsung Malaysia hari ini telah melancarkan showcase Do What You Can’t menerusi filem pendek ‘Julian and His Magical Skates’ yang diadaptasi menerusi cerita sebenar atlet skater kebangsaan, Julian Lee. Dengan matlamat untuk merealisasikan cita-cita mereka, Samsung telah mewujudkan teknologi inovatif supaya orang ramai dapat melakukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.

Memandangkan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 bakal berlangsung, Samsung menyediakan sebuah filem pendek ‘Julian and His Magical Skates’ sebagai penghormatan istimewa untuk bintang yang semakin meningkat ini. Lebih istimewa, video tersebut telah dirakam sepenuhnya menggunakan Samsung Galaxy Note8.

Samsung Galaxy Note8 adalah sebuah peranti yang membolehkan pasukan belakang tabir mencipta video kreatif serta menawarkan paparan Infiniti yang besar dan cantik.

Jom lihat filem pendek ‘Julian and His Magical Skates’ dibawah ini :

You might also like