- Iklan -

honor View10 Edisi Merah – Dijual Bermula 8 Februari 2018

Sebelum ini, eRing ada mengeluarkan artikel mengenai honor View10 edisi merah yang akan berada di pasaran Malaysia pada pertengahan Februari 2018 nanti.

Kini peminat honor View10 edisi merah boleh tersenyum lebar apabila honor Malaysia telah berkongsi tarikh sebenar peranti ini, di mana ia akan mula dijual di pasaran tempatan bermula 8 Februari 2018.

Menurut Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia, Malaysia merupakan pasaran global pertama yang memperkenalkan warna ini. Jadi kepada yang berminat, anda boleh ke Vmall atau layari sahaja honor Malaysia dan juga Facebook honor.

You might also like