ASUS ROG Strix GL502VT Kini Boleh Dimiliki Pada Harga RM6,999

pic 1Dalam kemeriahan kempen #JoinTheRepublicMY yang diadakan, ASUS Republic of Gamers (ROG) telah mengumumkan kehadiran laptop permainan siri Strix yang pertama di negara ini. Dengan profil kerangka yang kompak tetapi kukuh, ROG Strix GL502VT tampil nipis iaitu hanya 30.1mm dengan berat kurang 2.3kg.

Namun begitu, ia masih menawarkan prestasi berkuasa dengan sokongan pemproses Intel Core i7 Quad Core generasi ke-6 dan telah digambungkan dengan cip grafik daripada NVIDIA GeForce GTX 980M dengan sokongan DirectX 12.

 

pic 2Kombinasi cip pemproses dan juga cip grafik berkuasa ini lebih dirasai kehebatannya dengan paparan skrin IPS berukuran 15 inci yang memberikan pilihan kepada anda untuk memilih resolusi HD Penuh mahupun 4K UHD. Tidak cukup dengan itu, sokongan sudut pandangan sehingga 178° tanpa perubahan warna paparan ini sekaligus memberikan pengalaman permainan yang terbaik.

pic 3Isu kepanasan melampau juga tidak menjadi masalah pada ROG Strix GL502VT kerana ia menggunakan sistem penyejukan Hyper Cool Duo-Copper dengan sistem dwi kipas untuk memastikan CPU dan juga GPU dapat disejukkan secara berasingan.

Spesifikasi ASUS ROG Strix GL502VT

  • Pemproses: Intel Core i7-6700HQ Processor 2.6 GHz (6M Cache, sehingga 3.5 GHz)
  • Sistem Operasi: Windows 10 (64-bit)
  • Paparan: 15.6 inci LED UHD (3840 x 2160 piksel)
  • Memori & Storan: 16GB DDR4 RAM (sehingga 32GB DDR4 RAM) / 1TB SATA 5400RPM  2.5 inci HDD / 128GB SATA3 M.2 SSD
  • Sambungan: 1x HDMI 1.4, 1x Headphone-out & audio-in combo jack, 1x RJ45 LAN, 1x mini Display Port 1.2, 1x USB 3.1 Type-C, 3x USB 3.0
  • Bateri: 180W AC Adapter 62WHr, 64WHr 4-cell Li-Ion battery
  • Ukuran: 390 x 266 x 235mm
  • Berat: 2.24kg
You might also like